Wednesday, December 21, 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.....

First time dengar lagu ni mase kumpulan NICE dijemput ke IPG kami bagi memeriahkan Minggu Kefahaman dan Penghayatan Islam..mula2 dengar dah terpikat...bile faham lirik rase mcm kene sgt ngn life ni..




Sesekali Diuji - Nice

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Huhh……..

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Ohh….

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang
Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Ohh….

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)

Tuesday, December 13, 2011

HUSNUZON

Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat.

Dalam surah Al-Hujarat ayat 12 (49:12)

“Wahai orang-orang yang beriman!Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosadan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan ada di anatara kamu mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada yang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yg sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kpdnya. Dan bertakwalah kpd Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lg Maha Penyayang.


perumpamaan orang yang mengumpat:



Tips untuk mengamalkan sikap husnuzon ini:
1. Bila jumpa kanak2,bersangka baik kerana mereka lagi suci dari diri kita
2. Bila jumpa orang tua, bersangka baik kerana mereka lagi banyak lakukan ibadat
3. Bila jumpa orang alim, bersangka baik kerana ketinggian ilmunya
4. Bila jumpa orang jahil, bersangka baik kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedangkan kita melakukan dosa dalam kebenaran.

banyakkanlah muhasabah diri sebelum tidur. jangan pula sebelum tidur pun bercerita tentang keburukan orang lain bangun dari tidor pun bende sama dilakukan.Amal perbuatan kita yang buruk boleh mengatasi amal yang baik.nasihat untuk diri ini sendiri,diri ni sedang berusaha mengatasinya.Membiasakan diri dengan kebaikan..=)

di antara hamba ALLAH yang paling saya kagumi dalam mengamalkan sikap ini adalah datuk kesayangan saya sendiri..sepanjang saya mula kenal dan fahami dunia ini, tidak pernah saya dengar beliau bercerita tentang keburukan orang lain..dia selalu berbaik sangka kepada orang lain di sekelilingnya..jika kami bercerita tentang keburukan orang lain dia pasti akan menegahnya.tak hairanlah kalau di kampung kami ramai yang menghormatinya.Walaupun sudah 11 tahun bersara sebagai guru, namun etika seorang guru masih utuh dalam dirinya.


Friday, July 15, 2011

Pengajaran dari kisah Ataturk Laknatullah : Kesan kepada mereka yang mengkhianati Islam.

Kisah Turki Uthmaniyah sebenarnya banyak memberikan kesan dan ibrah yang boleh diambil dari intipati kisahnya.Saya membaca buku Turki : Negara Dua Wajah,Pengkhianatan Ataturk terhadap Negara Islam, sememangnya benar-benar memberikan kesan yang mendalam terhadap diri saya..Karekter Kamal Ataturk Laknatullah benar-benar membuatkan saya terfikir,apakah sikap dan perangai buruknya serta pengkhianatannya kepada daulah Islamiah khususnya ditiru dan di ambil tanpa sedar oleh umat Islam sekarang.

Mustafa Kamal Ataturk,seorang lelaki yang dikatakan lahir hasil dari hubungan haram ibunya,hidup dalam suasana yang sangat teruk.Sikap busuk hatinya jelas dizahirkan seawal zaman persekolahannya.Sering bergaduh,mencetus huru-hara dan sebagainya.

Pada awalnya dihantar ke sekolah agama oleh bapanya,namun ibunya memindahkannya ke sekolah biasa yang sekular.Bukan sahaja mencipta permusuhan sesama rakan,bahkan guru-gurunya turut dibenci dan diajak bermusuhan..

Saya terfikir,karekter Ataturk ini di lihat semakin berkembang biaknya di sekitar kita.Umat
Islam agaknya sudah lupa siapakah dan apakah punca Khilafah Islamiyah dijatuhkan..bila kita
teliti semula,sikap Ataturk seawal usia persekolahan begini dan akhirnya menggadaikan dan
merobek kerajaan Khilafah Uthmaniyah,boleh kah dibayangkan generasi muda sekarang ini,yang dilaporkan di media sangat-sangat begitu menakutkan..remaja memecahkan kereta guru,guru dipukul,Allahuakbar..Bergetar jiwa saya..Apakah sejarah ini akan berulang??
Sikap Ataturk ini sejak kecil dibenci oleh rakan-rakannya.Namun ia tak menghalang Ataturk
untuk terus bersikap biadap dan membabi buta kepada semua yang berada di sekitarnya.

Ataturk terus menyambung pengajiannya di sekolah tentera dan akhirnya lulus dan dijadikan
sebagai tentera..Bermula di sinilah,peranan Ataturk jelas menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah
secara tersusun..Melalui beberapa perancangan jahat dan strategi-strategi busuk Ataturk,akhirnya beliau di lantik menjadi pemimpin tertinggi tentera..Di sinilah peranan beliau jelas..Mejatuhkan kekuatan Khilafah Islamiyah secara terancang..Berpakat dengan tentera Inggeris,menjadi boneka Yahudi,menggunakan Islam yang ada pada beliau dengan mengkhianati penduduk Islam Azerbaijan..dan berbagai-bagai lagi tindakan kejamnya terhadap Islam.

Akhirnya,tanggal 23 Mac 1924,Khilafah Uthmaniyah dihapuskan..oleh tangan-tangan pengkhianat agama..Beliau dilabelkan oleh Barat sebagai Bapa Pembangunan Moden Turki sebenarnya adalah pengkhianat kepada seluruh umat Islam..

Kesan-kesan daripada pemerintahan Ataturk Laknatullah ini,akhirnya menyebabkan :

1) Sistem Khalifah terhapus
2) Umat Islam dipisahkan dari agama dengan pensekularan sistem.
3) Bahasa Arab dihapuskan dan digantikan dengan bahasa Latin (masyaAllah,di Malaysia sudah berlaku,tulisan jawi dihapuskan dan menyebabkan ramai orang Islam sudah tidak pandai mengaji al-Quran)
4) Azan ditukarkan kepada bahasa Turki.

Tindakan Ataturk yang menghina Islam dan dosanya menghapuskan Khilafah Uthmaniyyah dibalas oleh Allah di atas dunia ini lagi..Dia mati dalam keadaan perut membusung,darah yang tidak berhenti mengalir dari hidungnya,dan pelbagai azab yang Allah berikan kepadanya.Bahkan di saat beliau nazak,sempat lagi menunjukkan egonya dengan meminta supaya tidak disembahyangkan.Akhirnya,beliau pergi meninggalkan dunia setelah menderita azab yang Allah berikan dalam keadaan tidak diterima bumi dan dilaknat oleh penduduk langit dan bumi..

Lihatlah sekarang,wahai saudaraku,sejarah itu wujud adalah untuk dijadikan ibrah dan
pengajaran kepada kita pada hari ini.Hidup tanpa mengamalkan Islam,lebih-lebih lagi,menjadi
pengkhianat kepada Islam,ditunjukkan oleh Allah bukan di akhirat sahaja,bahkan di dunia
sudah dipertontonkan untuk diambil iktibar.

Wahai saudaraku,di bahu kita ada tugas yang perlu dilaksanalan, tugas kita untuk mengembalikan semula khilafah Islamiyah di atas muka bumi ini.Tingkatkan kualiti Islam dalam diri kita,jadikan ianya sebagai budaya seharian.Turun dan berdakwahlah secara fardiyyah atau jam`iyah..dan kita doakan usaha saudara kita di Turki,Erdogan dan Abdullah Gul dalam usaha mereka membawa Islam di pemerintahan mereka berjaya..

Thursday, June 16, 2011

islamkah Adof Hitler?


sekadar sedikit perkongsian..mungkin de yg penah tbace e-mail ini..mugkin kain orang lain pandagnnya..saya kurang pasti sama ada Adolf Hitler mati sebagai seorang muslim atau tidak..ada orang cakap beliau mati dalam islam..ada pula yg cakap Hitler bukanlah seorang muslim tetapi seorang yang bersikap toleransi dengan agama lain kecuali Yahudi.

saya pn bukn taw sgt psal Hitler ni..t'bce email ni rase tertarik plak..hehe
____________________________________________________________________________________

Assalamulaikum wbt..
Saya dapat artikal ni dari laman web. Menarik utk dibaca siapa Hitler sebenarnya yg selama ini kita ditipu oleh barat……
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...


Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : " Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel . Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


credit to: http://www.pablodeaskoba.blogspot.com/
Labels: Adolf Hitler, Perkongsian Penting

Tuesday, June 14, 2011

bile cuti jadi cuti...



disebabkan boring yang amat melampau,(mama abah adik2 sume pegi skola) sempat la bwat sdikit pbezaan antra kt umah ngn tngal kt mktb..(ipg kampus sultan mizan)..w'pun tiap2 minggu balik tp tetap rase de kelbihn jgk duk mktb ni..hehe

1. duk rumah kene msk sendiri@tlg mak masak..duk mktb pegi je cafe, amik mknan,byar..pstu mkn!!hehe..xthn yg kne byar la..huhu
2. bile duk umah ni..berkuasa la jgk(anak sulung)..mlas nk wat keje umah suruh je adik2 bwat..duk mktb pg2 da kene lari..xnk bg pak guard kunci pgar..klaw x,tak ke kuliah la kami..huhu
3. duk umah petg2 kene pkse mata ni tdo..(pasal xtw nk watpe,,tdo je la)..duk mktb xde plak pkse..dlm kels pn bleh lelap..
4. duk umah kalau rumah bersepah memang naik angin ngn adik2..xde org lain,memg diowg je la SEPAH dlm rumah ni..dlm bilik kt mktb nk mrh rumate xbleh..pasal tmpt ak lg bsepah dari tmpt dye..hehe
5. bile nk bsuh baju kt umah..humban je dlm mesin basuh..tp kat mktb kene pusing2 satu aras tu cari duit syiling..nk gne mesin bsuh..huhu
6. duk mktb rase nk kuar joging ke jaln2 ptg2 rase bsemangat je..bile duk umah nk joging kwasan tman sume owg tgk..buang tabiat bdak ni..(ak ngn adik ak rase nk tmpal tape je kat mata diowg)

last but not least,,cewah...hehe..rindu sgt2 nk blik mktb..rindu kat kwn2 skelas..dlu ari2 tgk muke diowg..ni 3 minggu rase rindu la plak..rindu nk kolabrasi ngn lecturer (ikhlas ni =D)..rindu nk gado ngn rumate..last skali..rindu kat si die..hehe..tapi sampai skrg ak pegang kata2 die..sabar..hasil sabar itu indah..insya-Allah..=)

Thursday, January 20, 2011

Subhanallah…hidupan laut aneh

tidak tercapai di akal manusia..ada makhluk aneh yang mendiami laut terdalam.Maha Besar ALLAH yang menciptakan..

ikan viper

Memiliki nama latin Mesopelagic dapat ditemukan dikedalaman 80-1600 meter, merupakan ikan dengan tampang super kejam (mulut lebar dan gigi tajam). seperti kebanyakan ikan dari lautan dalam, ikan ini tidak memiliki warna kulit alis tembus pandang dan organnya menyala karena proses yang disebut bioluminescence, selain itu mereka memiliki mata yang besar untuk mengumpulkan cahaya sebanyak mungkin di dalam keadaan cahaya minimum atau bahkan tanpa cahaya.

Mulutnya yang lebar dalam menelan ikan yang bahkan lebih besar dari badannya, hal ini dimungkinkan karena perutnya bersifat elastis sehingga dapat mengembang. Ikan-ikan dasar laut ini harus beradaptasi dengan lingkungan yang sangat minimum stok makanan karena lingkungannya yg sangat dalam sehingga tidak banyak mahluk lain yg berkeliaran, kadang mereka saling memakan sesama sejenis untuk dapat bertahan hidup

ikan Fangtooth

Dikenal dengan nama Anoplogaster Cornuta, walaupun terlihat seperti ikan besar, tetapi ikan ini cuma dapat tumbuh sampai 6 inci panjangnya. Ikan ini memiliki tubuh pendek dengan kepala yang besar. Ikan ini juga hidup di kedalaman yang ekstrem iaitu 16,000kaki. Tekanan yang tinggi dan suhu yang hampir membeku membuat makan sulit untuk didapati, sehingga ikan hamper memakan semua yang dapat ditemui. Fangtooth dapat ditemukan di lautan tropika seperti Australia.


Dragonfish


Mempunyai nama latin Grammatostomias Flagellibarba, hidup di kedalaman 5000 kaki / 1.500 meter, memiliki semacam belalai menyala yang terhubung dengan dagunya. Dibagian samping tubuhnya juga terdapat bagian menyala yang digunakan untuk memberi tanda kepada ikan Dragonfish lain selama musim kawin.

Handfish


kita mengetahui sirip ikan berfungsi untuk membolehkan ia berenang di dalam air. Namun ikan ini adalah species yang lain dari yang lain apabila dikatakan oleh penyelidik bahawa ia menyalahgunakan sirip di bawah abdomennya untuk berjalan di dasar laut.unik kan?

Salah satu daripada species ikan bertangan "handfish" ini juga telah dinobatkan oleh laman sesawang National Geographic sebagai di antara species baru haiwan paling pelik 'weirdest new animal 2010' bagi tahun 2010.


comey kn??hehe..

Wednesday, January 19, 2011

Nabi Ibrahim Dibakar Namrud

Di dalam sebuah kota yang bernama Kota Babylon, semua orang yang tinggal di dalam kota tersebut berkeyakinan dan menyembah suatu Tuhan iaitu yang diperbuat daripada berhala. Jadi mereka mengukir patung-patung berhala lalu mereka juga yang menyembahnya. Mereka beribadah serta bersembahyang kepadanya dan mereka juga amat menakutinya tuhan berhala itu tadi. Dan antara lain menjadi salah satu tradisi mereka ialah apabila mereka selesai beribadah di rumah ibadah atau kuil mereka, sebelum keluar setiap mereka mesti membeli satu patung berhala kecil untuk mereka letakkan di dalam rumah dan juga untuk di sembah. Dan sebenarnya siapakah yang menjadi tukang ukir bagi patung-patung itu semua? Ia adalah seorang lelaki yang bernama Azar.

Pada suatu hari masuklah si anak kepada Azar tukang ukir patung anaknya, itulah dia Nabi Ibrahim as. Lalu Nabi Ibrahim pun bertanya kepada bapanya: “Wahai ayahku, adakah engkau benar-benar yakin dan percaya bahawa semua patung-patung yang kamu ukir dan jual itu semuanya adalah Tuhan yang hakiki?” Bila Azar mendengar pertanyaan sebegitu dari anaknya terus dia menjadi marah akan tetapi Nabi Ibrahim tidak memperdulikannya dan dia terus bertanya dan bertanya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya Azar: “Adakah engkau ambil berhala menjadi Tuhan? Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaum engkau dalam kesesatan yang nyata.”
(Al-An’am: 74)
Berterusanlah si Azar bapa Nabi Ibrahim memarahinya dia betul-betul marah kepada anaknya lantas dia berkata dengan suara yang tinggi kepada anaknya sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: Berkata bapanya: “Adakah engkau benci kepada Tuhanku ya Ibrahim? Demi jika engkau tidak berhenti nescaya kurejam engkau dengan batu dan tinggalkanlah aku dalam masa yang panjang.”
(Maryam: 46)
Sesungguhnya Nabi Ibrahim siang dan malam tidak habis-habis memikirkan tentang dunia yang ada di sekelilingnya dia tercari-cari manakah satu Tuhan yang sepatutnya dan semestinya dia menyembah. Maka pada suatu malam yang gelap gelita tiba-tiba muncul bintang yang cahayanya bergemerlapan di langit. Jadi dia terus berkata di dalam hatinya: “Inilah Tuhanku maka bermula dari hari ini aku akan menyembahnya!” Akan tetapi malang bila tiba waktu siang semua bintang-bintang yang bergemerlapan di waktu malam itu tadi pun terus hilang. Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala malam telah gelap Ibrahim melihat bintang lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku? Tatkala bintang itu terbenam dia berkata: “Aku tidak mengasihi barang yang lenyap itu.”
(Al-An’am: 76)
Keesokannya Nabi Ibrahim melihat kepada bulan pula dia mendapati bahawa bulan di malam hari itu terlalu cantik itulah bulan purnama namanya. Maka dia mula berkata-kata lagi di dalam hatinya: “Aku rasa inilah dia Tuhan aku. Maka aku akan menyembahnya moga-moga ada kebaikan buatku.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala dia melihat bulan telah terbit dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Tatkala bulan itu terbenam dia berkata lagi: “Jika aku tidak di tunjuki oleh Tuhanku nescaya aku termasuk kaum yang sesat.”
(Al-An’am: 77)
Akan tetapi sangkaannya itu meleset sama sekali kerana pada keesokannya bulan terbenam dan hilanglah cahayanya yang terang benderang pada waktu malam tadi. Tetapi dia tidak bersedih. bahkan bergembira kerana dia berpeluang melihat matahari pula. Lantas dia mengatakan: “Matahari lebih besar pula cahayanya dari bulan dan bintang, maka aku rasa inilah dia Tuhanku yang sebenar.” Tapi sayang bila sampai waktu petang di dapati matahari yang di sangkanya Tuhan itu turut hilang. Maka Nabi Ibrahim pun tidak jadi untuk menyembahnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala dia melihat matahari terbit dia berkata: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar.” Tatkala matahari itu terbenam dia berkata: “Wahai kaumku sesungguhnya aku berlepas diri dari apa-apa yang kamu persekutukan itu.” (Al-An’am: 78)(Al-Baqarah: 260) Bermula dari hari itu Nabi Ibrahim mula menyeru kepada kaumnya agar segera meninggalkan tuhan berhala mereka itu “sembahlah Allah Tuhan yang Esa dan juga Tuhan yang menjadikan kita semua.” Akan tetapi mereka tidak memperdulikan kata-katanya bahkan mereka mengutuk dan memberikan ancaman kepadanya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka berkata: “Adakah engkau mendatangkan kebenaran kepada kami atau engkau bermain-main?” Dia berkata: “Bahkan Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakan semuanya. Dan aku menjadi saksi atas demikian itu.” (Al-Anbiyaa’: 55 dan 56) Mereka memang langsung tidak menghiraukan kata-kata Nabi Ibrahim hinggakan sampai peringkat mereka mengatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang yang bodoh lagi jahil dan juga akal fikirannya terlalu sempit serta menyeleweng. Maka pada suatu hari seluruh ahli penduduk kota itu keluar beramai-ramai kerana merayakan hari raya bagi Tuhan berhala-berhala mereka dan perayaan tersebut di jalankan di luar kota bukan di dalam kota. Jadi di kala itu tidak ada seorang pun yang tinggal di dalam kota lengang kecuali Nabi Ibrahim sahaja. Begitu juga dengan rumah ibadah mereka lengang tiada sesiapa. Akhirnya Nabi Ibrahim mengambil keputusan bahawa dia tidak akan sama sekali menyembah mana-mana tuhan kecualilah Tuhan yang menjadikan alam ini Tuhan yang menjadikan bintang, bulan dan juga matahari juga dunia dan seisinya. Dia tidak akan sama sekali menyembah Tuhan selain Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ingatlah ketika Ibrahim berkata: “Wahai Tuhanku perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang yang mati.” Allah berfirman: “Tidakkah engkau beriman?” Sahutnya: “Ya... aku beriman tetapi untuk mententeramkan hatiku.” Allah berfirman: “Ambillah empat ekor burung dan hampirkan kepada engkau (potong-potong semuanya) kemudian letakkan di atas tiap-tiap bukit sebahagian dari burung-burung yang dipotong itu, kemudian panggillah semuanya nescaya datanglah semuanya kepada engkau dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Nabi Ibrahim merasakan bahawa inilah peluang untuk dia mengajar kaumnya lalu dia bersegera menuju ke rumah ibadah kaumnya. Dia terus masuk ke dalamnya yang mana terdapat satu kawasan lapang dipenuhi dengan bermacam-macam patung berhala. Tanpa berlengah Nabi Ibrahim terus mengambil kapaknya lalu dipukul dan dihancurkan ke semua patung-patung itu tadi habis semua dimusnahkan cuma satu sahaja yang tidak dimusnahkan iaitu patung yang paling besar. Kemudian yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dia menyangkutkan kapaknya tadi ke leher patung berhala yang besar itu dan Nabi Ibrahim terus pergi meninggal rumah ibadah tersebut pulang ke rumahnya.

Di kala itu semua kaumnya sedang sibuk merayakan perayaan tuhan mereka. Mereka merayakannya dengan penuh meriah sekali lebih-lebih lagi si raja yang bernama Namrud iaitu raja Kota Babylon ketua bagi mereka juga turut hadir. Bilamana perayaan tadi selesai terus raja memberi isyarat kepada hamba-hambanya dan tanpa berlengah si hamba-hamba tadi terus mengangkatnya untuk kembali semula ke dalam kota mereka. Dan sebelum sampai ke istananya raja mengarahkan kepada seluruh hamba-hambanya agar membawa dia ke rumah ibadah (kuil). Bila sahaja raja Namrud menjejakkan kakinya ke dalam kuil dia terperanjat besar begitu juga dengan rakyat-rakyat yang turut hadir. Dia dapati bahawa ke semua patung-patung berhala telah habis musnah jatuh bergelimpangan dan berkecai.

Kemudian Namrud berkata dengan suaranya yang tinggi: “Siapakah yang berbuat sebegini kejam sekali?” Seluruh rakyatnya yang hadir terus berkata: “Lain tidak bukan ialah seorang pemuda yang tidak mahu beriman kepada tuhan-tuhan kita ini. Pemuda itu namanya Ibrahim!” Raja Namrud terus menjerit: “Bawa segera pemuda itu ke mari!” Merekapun bersegera pergi mendapatkan Nabi Ibrahim. Mereka menangkapnya dan dibawa ke hadapan Namrud yang masih menunggu di dalam kuil.

Sampai saja terus Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Kamukah yang melakukan perbuatan ini kepada tuhan-tuhan kami?” Nabi Ibrahim berkata: “Bukan aku yang melakukannya kamu tidak lihat di leher patung berhala yang paling besar itu terdapat satu kapak yang besar. Sudah tentulah dia yang memusnahkan ke semua patung-patung itu. Kalau tidak percaya cuba kamu tanyakan kepadanya ataupun kamu tanyakan kepada patung-patung yang telah binasa tentang siapakah yang memusnahkan mereka semua?”

Raja Namrud dan rakyatnya tidak semena-mena merasa malu dan tersipu-sipu kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya patung-patung itu sama sekali tidak boleh berkata-kata. Lalu Namrud pun terus berkata: “Wahai Ibrahim! Kamu sendiri pun tahu bahawa patung-patung itu semua tidak boleh berkata-kata, tidak boleh berjalan-jalan dan juga langsunglah tidak boleh buat apa-apa!”

Terus Nabi Ibrahim as. menjawab: “Jadi kalau begitu mengapa kamu menyembahnya. Bagaimana kamu boleh menyembah sesuatu yang langsung tidak memberi kamu apa-apa manfaat tidak memberi mudarat buat musuhmu dan langsung tidak dapat untuk mempertahankan, dirinya sendiri?”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ibrahim berkata: “Patutkah kamu sembah selain Allah barang yang tiada manfaat kepadamu sedikitpun dan tidak pula memberi mudarat kepadamu? Celakalah kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahaminya?” (Al-Anbiyaa’: 66 dan 67) Akhirnya Raja Namrud dan seluruh rakyatnya mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim dibakar dengan api atau unggun yang besar. Maka Namrud pun terus memerintahkan seluruh rakyatnya agar menyediakan api besar hinggakan sampai peringkat burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya kalau terbang juga mereka akan terbakar kerana nyalaan api yang besar itu.

Setelah sampai masa yang telah ditetapkan, Namrud pun duduk di atas singgahsana sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu di dalam hatinya terselit kegembiraan yang sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan mati dibakar api, dia gembira kerana api akan memakan seorang yang tidak mahu beriman dengan tuhan mereka.

Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar dan terus Nabi Ibrahim di lemparkan ke dalam api yang besar itu. Mereka terkejut melihat Nabi Ibrahim kerana ketika mahu dilemparkan dia begitu tenang sekali langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan. Lebih terkejutlah lagi bila mereka saksikan bahawa Nabi Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia boleh berjalan ke sana sini pula dalam api tersebut.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai api! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim.” Mereka hendak memperdayakan Ibrahim dengan dia lalu Kami berkati di dalamnya untuk seluruh alam.(Al Anbiyaa’: 69 dan 70) Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kejahatan dan kezaliman si Raja Namrud dan rakyat-rakyatnya dan Allah menunjukkan kepada mereka bahawa sebenarnya patung-patung berhala itu langsung tidak memberi makna apa-apa langsung, tidak ada kekuatan dan bagi manusia yang di kurniakan akal fikiran pula tidak wajarlah merasakan bahawa patung berhala itu sebagai Tuhan yang mesti disembah.

Tidak lama selepas itu api yang besar tadi pun terpadam lalu Nabi Ibrahim segera keluar dari longgokan-longgokan bara api dengan selamat seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Dan terus Nabi Ibrahim membawa dirinya meninggalkan kaumnya membiarkan mereka itu semua dengan kehendak mereka, juga buatlah sesuka hati dengan tuhan berhala mereka. Nabi Ibrahim menyerahkan segalanya kepada Allah SWT untuk memberikan hukuman juga membinasakan mereka.

Bermusafirlah Nabi Ibrahim membawa diri kepada Tuhannya ditinggalkannya kaum yang degil lagi bodoh sombong dalam kebinasaannya yang telah Allah jadikan kepada mereka. Dia membawa diri bermusafir hinggalah sampai ke bumi Palestin dan di sana dia menyeru manusia supaya beriman Tuhan yang Esa iaitu Allah SWT dan mengerjakan ibadah kepadanya. Ditakdirkan oleh Allah SWT bahawa di mana sahaja Nabi Ibrahim pergi dia tetap menanamkan keimanan kepada Allah dan akhirnya Allah SWT juga telah memberi hadiah yang besar kepadanya iaitu lahirlah dari zuriatnya keturunan yang baik dan soleh yang kemudian kebanyakan mereka itu menjadi nabi dan rasul yang Allah utuskan kepada seluruh manusia agar membawa mereka kepada bertuhankan Allah SWT dan menjauhkan mereka dari bertuhankan tuhan selain Allah seperti berhala dan lain-lain lagi. kemudian memberi tunjuk ajar kepada seluruh manusia untuk beribadah kepada Allah SWT. Dengan sebab itulah Nabi Ibrahim digelarkan dengan gelaran “Bapa sekalian nabi-nabi.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Perhatikanlah riwayat Ibrahim dalam kitab (Al-Quran). “Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat benar dan seorang nabi.” (Maryam: 41)

Namrud Berlawan Dengan Tentera Nyamuk

Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31) Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namruz.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.

Dipetik Dari Buku: 1001 Durjana - Himpunan Kisah Insan Derhaka
Pengarang: Muhammad Isa Selamat